CATs Learning Practice Test (age below 13)

6 November 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta. Kelas ini adalah khas untuk pelajar yang bawah 13 tahun oleh itu, peserta-peserta kali ini adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah sahaja. Kelas ini telah diadakan dari jam 2 petang hingga 5 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Aktiviti ini merupakan aktiviti susulan kerana pelajar perlu membuat aktiviti dan menyiapkan latihan yang disediakan di dalam portal CATs Learning sebelum menduduki peperiksaan. Pelajar- pelajar dapat meningkatkan tahap penggunaan Bahasa Inggeris mereka melalui aktiviti yang dibuat mengunakan portal CATs Learning ini.

CATS learning ialah kursus Bahasa Inggeris SECARA PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ia senang digunakan dan boleh menggunakan aplikasi mudah alih dan pembelajaran atas talian (online) menjadikan ia mudah untuk dipelajari pada bila-bila masa dan di mana sahaja.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali